siapakah aku???

siapakah aku???

Aku adalah aku
insan yang dicipta sempurna
tiada cacat tiada keburukan
aku dilahirkan seperti kain putih
tiada kotoran

kini aku semakin dewasa
semakin matang pemikiran menuju hadapan
kain putih yang bersih tadi
makin lama makin pudar warnanya
makin dewasa
makin bertambah hinanya

aku adalah insan lemah
aku adalah insan sirna
aku adalah insan yang gagal
aku adalah insan yang mencari cahaya
aku adalah insan yang penuh amarah dijiwa
namun aku tetaplah aku

470 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This