15 penyebab bala turun

15 penyebab bala turun

  Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu
2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)
3. Zakat dianggap sebagai beban hutang
4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri
5. Anak menderhakai ibunya
6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya
7. Ayahnya (pula) disingkir jauh
8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)
10. Seseorang dimuliakan kerana hendak menghindari kejahatannya
11. Arak menjadi minuman lumrah
12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)
13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung
14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama Leluhur)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut…”dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.
(Hadith riwayat Tirmizi)

Penerangan Hadis:
   Hadith ini menjelaskan beberapa pertanda buruk dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya dan psikologi yang melanda umat dan bangsa yang akan runtuh dan musnah. Bangsa tersebut tidak lagi bersifat bertanggongjawab. Mereka tidak amanah, memandang hina saranan agama bahkan nama agamapun mereka anggap punca kejahatan.Zakat dianggap sebagai suatu beban yang menyusahkan. Belajar ilmu pengetahuan bukan untuk tujuan berkhidmat untuk agama (tambahan dalam Hadith riwayat Abu Hurairah) Mereka dikuasai oleh emosi dan nafsu.Hubungan sosial antara keluarga dan orang luar tidak lagi berdasarkan tatasusila yang normal. Masjid berubah menjadi tempat menyampaikan sesuatu yang tidak berkaitan dengan ajaran Islam. Kepimpinan mereka adalah kepimpinan yang jahat dan merosak. Mereka tidak ada lagi penghargaan terhadap para alim ulama. Baik Ulama Leluhur maupun ulama masa kini. Mereka bangga dengan majlis budaya yang menimbulkan keghairahan kepada artis genit dan muzik atau pesta-pesta lain yang bersifatlagha. Golongan ini memang diambang kemusnahan. Mereka akan dibala tuhan dengan berbagai bala bencana dan kemusnahan. Puncaknya adalah kiamat. Siapakah mereka yang sebenarnya? wallahu a’lam
Riwayat: Minhaj al-Salihin dan lain-lain    

405 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This