NEGERIKU TERCINTA…….

Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang terdapat di bumi bertuah,Malaysia.
merupakan negeri yang kelima terkecil di Malaysia dengan mempunyai bilangan penduduk ketiga terkecil dengan anggaran seramai 1,033013 orang penduduk berbanding keseluruhan penduduk di Malaysia.
mempunyai sistem beraja yang di kenali sebagai Yang Dipertuan besar, diikuti oleh empat orang undang yang mengetuai Sungai Ujong, Rembau , Tampin dan Johol dan di bantu oleh buapak dan perut di dalam sistem piramid pentadbiran Negeri Sembilan.

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan sukuBiduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.
Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaranYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Sedangkan semua negeri di Malaysia dan Brunei menggunakan istilah Sultan atau raja.
Inilah serba sedikit mengenai bumi bertuah tanah tempat ku dilahirkan,
aku tetap bangga menjadi anak jati negeri sembilan…HOBEN JANG HOBEN

453 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.